Melangkah dan terus melangkah
tanpa kusedari telah dewasa
kiranya aku
Telah kujamah
pahit, manis, suka dan duka
hidupku kian bermakna
Kadang-kala ku terlemas
di dalam duka yang sarat
namun aku berjaya untuk ke darat
Dan dari situ bermula
babak baru mengganti siri-siri diri
ku sama ada peranan si miskin hina
yang hidup bergelumang duka
atau peranan badut mulia
yang selalu ketawa dan ditertawa
Melangkah dan terus melangkah
apabila kusedar
sudah kulewati
berbagai watak hidup
bercorak rentak tarian
yang kulakonkan di pentas dunia
Apabila aku berpaling
aku sedar
bahawa tiada pelakon yang terhandal
kecuali aku yang membawakan watak itu
aku bersyukur
kerana dengan penuh kesabaran dan penghayatan
aku berjaya
dan menjadikan aku manusia yang lebih gagah
untuk menghadapi apa-apa lakonan.
Ilham Penyair..